Ada beberapa
perkara yang amat penting bagi anda lakukan semasa rawatan, semasa mengamalkan ilmu
dan amalan-amalan yang diberi demi keberhasilan dan makbulnya doa-doa anda:
1. Bertakwa pada Allah, tunduk dan patuh
kepada ajaran Islam. Buat yang disuruh, tinggal yang dilarang,
2. Jaga hubungan dengan Allah dan sesama
manusia (ibubapa, ibubapa mertua, adik-beradik, ipar-duai, jiran-jiran, guru-guru,
sahabat handai dll)
3. Jauhkan sifat ria’, ujub, mengadu
domba, dengki, suka membongkar aib orang, kerana semua itu adalah penyakit hati yang
boleh menjauhkan seseorang dari mendapat pertolongan Allah.
4. Yakin dan percaya amalan yang anda
amalkan tentu membawa manfaat dan faedah, berkat pertolongan Allah SWT dan
KehendakNya semata-mata.
5. Sentiasa bertawakkal kepada Allah
kerana Dialah Yang Maha Kuasa dan Mengabulkan permohonan hamba yang memohon
kepadaNya.
6. Amalkan menurut kemampuan anda dan
ikutilah semua petunuk dan kaifiat yang diajarkan.
7. Pastikan amalan yang anda pelajari
dan amalkan telah diberi ijazah oleh saya secara lisan dan bertulis.
8. Gunakan semua amalan yang diijazahkan
untuk tujuan menegakkan kebenaran, keadilan, membela yang lemah dari kezaliman.
9. Yakinlah bahawa setiap masalah,
kesukaran, kesakitan dan apa jua yang menyeksa jiwa adalah merupakan ujian dari
Allah untuk menguji sejauh mana iman kita. Iman perlu kepada ujian. Sesungguhnya,
apabila Allah s.w.t. itu mengasihi seseorang hamba Ia akan mengujinya. Ini
jelas sebagaimana maksud firman Allah :
“Adakah manusia itu menyangka bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta.” ( al-Ankabut: 2 – 3)
“Adakah manusia itu menyangka bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta.” ( al-Ankabut: 2 – 3)
10. Yakinlah bahawa setiap sesuatu itu
berlaku, mempunyai sebab musabab, dan boleh dikaitkan dengan tingkah laku
manusia, namun pada hakikatnya disebalik fakta-fakta yang dapat diterima akal
rasionalnya, qada' dan qadar Ilahi itu mengandungi rahsia-rahsia Ilahiyah yang
tidak difahami oleh manusia.









